20 Fakta Sains Keagungan Allah Kepada Manusia

9:10 PG Teratak Inspirasi 0 Comments

Mungkin ramai lagi manusia ataupun diri anda sendiri, masih tidak mengetahui bahawa terdapat banyak rahsia yang ada di dalam tubuh badan mereka. Dan apabila mereka mengetahuinya, kemungkinan besar mereka akan terkejut. Inilah keagungan Allah kepada manusia. Allah Mencipta manusia sebaik-baik kejadian, oleh itu pelihara diri anda daripada melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri. Di sini saya ada menyediakan sedikit fakta mengenai tubuh badan manusia untuk tatapan anda semua.


Antara fakta-fakta tersebut ialah:

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.


2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.


3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.


4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.


5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.


7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.


8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.


9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.


10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.


11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.


12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.


14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.


15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.


16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.


17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.


18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.


19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.


20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.


( Marilah kita renungkan dan bersyukur ke hadratnya, allah yang maha Bijaksana lagi Pengasih dan Penyayang).

0 comments:

Tips Berhenti Merokok

9:00 PG Teratak Inspirasi 0 Comments



1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "NANTI" setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.



0 comments:

Cara lelaki untuk mengenal wanita

2:22 PTG Teratak Inspirasi 0 Comments




Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:


     
    ~Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaan.

    ~Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
     
    ~Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

    ~Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

    ~Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
     
    ~Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

    ~Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab istilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.

    ~Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

    ~Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.

    ~Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.okey.
     
    1. Sifat Keibuan
    Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

    2. Keanak-anakkan
    Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.

    3. Penuh Pengertian
    Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata yg kasar atau menuduh bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

    4. Menghargai
    Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

    5. Menjaga Penampilan
    Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

    6. Pandai Berbicara
    Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

    7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
    Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

    8. Menghormati Diri Sendiri
    Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

    9. Simpati dan prihatin
    Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

    10. Solehah
    Lelaki juga suka pada wanita yg solehah dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan syarak.

    0 comments:

    Awas Bahaya Facebook

    8:10 PG Teratak Inspirasi 2 Comments


    Terbaca artikel tentang bahaya Facebook, mungkin para pengemar FB atau Facebooker tidak harus menolak mentah-mentah pedapat ini. Banyak orang mengaku addicted to Facebook. Tapi ternyata Facebook boleh mengundang bahaya. Facebook adalah layanan jejaring sosial yang mengumpulkan orang banyak dalam satu wadah di Internet. Facebook mirip dengan Friendster, namun diakui memiliki banyak kelebihan.

    Pengguna Facebook bagaikan tidak menghadkan umur kepada pelanggannya. Facebook diakui berguna untuk menemukan teman-teman baru dan lama. Facebook nyata banyak membantu penggunanya bertemu semula dengan rakan lama secara online. Kejayaan ini telah meningkatkan nilai tambah Facebook. Fungsi Foto dan tagging juga menjadi faktor utama orang ramai mengemari Facebook. 

    Penyediaan ruang komen telah merancakkan lagi pengguna Facebook untuk bersembang atau mengetahui perkembangan sesuatu tempat dan sebagainya. Gahnya Facebook apabila  menjadi laman pertama yang dibuka setiap hari oleh penggunanya. Kejayaan Facebook menambat hati pengguna internet terserlah apabila mampu mengenepikan Jaringan Sosial senior iaitu Friendster. Tidak hanya dimanfaatkan untuk mencari teman baru atau lama, Facebook juga dijadikan ruang pengiklanan dan kempen. Sebagai contoh Presiden Amerika Barrack Obama yang memanfaatkan Facebook sebagai tempat berkempen via internet, dan kini mula menjadi ikutan ramai pemimpin lain khususnya di negara kita.

    Namun dibalik keunggulannya, perlu diingat untuk kepentingan diri dan persekitaran.Facebook juga mungkin ada bahayanya. Beberapa syntom yang boleh mencapai tahap bahaya Facebook:

    1. Pembaziran masa.
    Dengan teknologi sekarang selain komputer, handphone dan sebagainya yang boleh mengakses internet,masa yang digunakan untuk berhadapan dengan Facebook akan berlarutan lama berjam-jam. Pengawalan dan perancangan masa penting untuk mengelak tahap bahaya Facebook ini. 

    2. Profil pengguna.
    Sebaik-baiknya informasi diri tidak diperincikan sangat.Cukuplah setakat yang membolehkan rakan-rakan lama atau baru mengenali kita. Awas! satu keruntuhan rumahtangga telah  dilaporkan akibat si isteri telah meletakkan statusnya sebagai "single". Si suami mungkin rasa tersinggung atau dikhianati. 

    3. Waspada gambar anda.
    Gambar-gambar yang dimuat naik mungkin akan menjadi bahan mainan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan tujuan memalukan atau menghina. 

    4. Gangguan daripada orang yang tidak dikenali. 
    Awas jangan mudah terpedaya atau lemas dengan ayat-ayat perangkap. Ini mungkin amat sedikit namun sebagai ingatan kepada remaja-remaja yang bersemangat mencari teman "online". Anda berhak untuk menolak pelawaan atau ajakan orang yang hanya anda kenali melalui Facebook. Apa-apa sekalipun manafaatkan lah Facebook untuk kebaikan dan sikap berhati-hati perlu diamalkan demi kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti dalam facebook itu sendiri.


    Sumber: www.keningaukini.com

    2 comments:

    Cara Memandikan Kucing Dengan Ubat Syampu

    3:18 PTG Teratak Inspirasi 0 Comments

    Nak Tahu Cara Memandikan Kucing Dengan Syampu Ubat dengan Betul?


    Perkara yang perlu disediakan untuk memandikan kucing adalah seperti :

    ~ Tuala
    ~ Air suam
    ~ Sikat khas untuk Kucing
    ~ Syampu Ubat
    ~ Pengering rambut

    Sebelum memandikan kucing, pertama sekali kita perlu memeriksa bahagian badan kucing yang sakit sekiranya ada. Contohnya seperti bahagian dagu, ketiak, lipatan paha, tapak kaki, ekor dan pangkal ekor. Biasanya tungau scabies ataupun kulat sering menyerang di bahagian telinga luar serta dalam. Manakala kutu pinjal pula seirng menyerang di bahagian atas kepalakucing dan seluruh bahagian badan kucing.


    Setelah memeriksa seluruh badan kucing, basahi seluruh badan kucing dengan air suam, tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk. Pastikan air membasahi seluruh badan kucing, ini kerana syampu ubat yang tidak sampai ke bahagian kulit dan bulu kucing akan membuat rawatan kucing tidak berkesan, terutama pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang.


    Sapukan syampu dengan rata setelah air membasihi seluruh badan kucing. Tetapi perlu berhati-hati pada bahagian badan kucing yang mempunyai kesan luka. Kemudian, sisir badan kucing perlahan-lahan sambil urut-urutkan badan kucing. Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidung kucing. Selepas itu biarkan syampu selama 5 – 10minit melekat dibadan kucing agar segala kutu, kulat dan bakteria mati.


    Setelah temoh lebih kurang 10 minit, bilas badan kucing dengan bersih dan jika perlu ulangi lagi dengan syampu dan sikat sambil mengurut badan kucing dengan perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas badan kucing dengan bersih sehingga kesan syampu tersebut hilang dibilas air, ini dapat mengelakkan kucing anda daripada menjilat-jilat badannya selepas di mandikan.


    Bagi proses pengeringan badan kucing, pastikan badan kucing kering ampailah ke kulit dan kucing anda betul-betul berada dalam keadaan yang kering. Jika pengeringan tidak sempurna, akan menggalakkan lagi pertumbuhan segala bakteria, kutu dan tungau.

    Selepas memandikan dan kucing anda telah kering sepenuhnya, nikmatilah bulu kucing anda yang segar lagi nyaman.



    Kredit to: jareycatlovers.wordpress.com

    0 comments:

    Sindrom Carpal Tunnel

    10:21 PG Teratak Inspirasi 0 Comments

    SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit. Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan. Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


    Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

    1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

    2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

    3. Rasa lemah - pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.


    Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat. Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat. Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini. Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.


    Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

    1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.

    2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.


    Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:

    * Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.

    * Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.

    * Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

    * Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

    Diagnosis
    Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

    1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.

    2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.

    Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan. Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut. Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi. Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan. Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk. Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.

    Rawatan
    Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan. Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).


    Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:

    * wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

    * non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.

    * steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

    Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk. Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan. Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median. Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu. Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya. Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel. Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.








    Cara Yang Betul:












    Senaman Tangan














    0 comments: