Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul

11:09 PG Teratak Inspirasi 5 Comments

gambar hiasan



Mencuci Kemaluan (Untuk Pengetahuan) 
Apa yang patut dilakukan selepas kita kencing.


Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

5 comments:

Makan Tahi Hidung Boleh Jaga Kesihatan

9:20 PG Teratak Inspirasi 3 Comments

Doktor saran makan tahi hidung boleh jaga kesihatan




VIENNA: Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal Austria. Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka. Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.

 "Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama  tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan" katanya.

Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai ke usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya. "Perubatan moden cuba melakukan perkara yang sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakanya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, " katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikan dan anti sosial.

"Saya suka mencadangkan pendekaran baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. ia tidak balas secara semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik" katanya. Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit. - Agensi


p/s: sanggup kah anda? hehe...

3 comments:

Risiko Korek Telinga

9:15 PG Teratak Inspirasi 2 Comments





SEJAK kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita. Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional. Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga. Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian. Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.



Tanggapan salah
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam. Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.




Lilin telinga
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan. Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga. Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!




Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama. Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit. Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu. Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga. Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita. Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss). Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya. Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga. Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.



Kurang dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal. Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.




Rawatan
Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya. Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja). Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut. Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan. Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat. Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.




sumber: utusan melayu bahagian kesihatan





2 comments:

Berdengkur

11:25 PG Teratak Inspirasi 2 Comments




Apa itu berdengkur?
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak

Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.





Komplikasi 
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya. 

Rawatan 

Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan? 

Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau  mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan  keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'. 

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. 

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut. 

Rawatan untuk dengkur 
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid". 

Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti. 

Pencegahan 

Petua untuk mengurangkan dengkuran: 
• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan 

• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan  yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur 

• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur 

• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat

• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari  

• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang 

• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang 


sumber: kementerian kesihatan malaysia



2 comments:

Cara Mengenal Gadis Tiada Dara

4:21 PTG Teratak Inspirasi 2 Comments




 
Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan.

Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi. Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya.

Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna  pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda hanya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit.Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggamananda, gadis itu masih dara. Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari  kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan.  Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan. Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah  hilangdara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan  meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis- garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat. Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.

2 comments:

Cara Mengenal Lelaki Teruna

10:19 PG Teratak Inspirasi 6 Comments


Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih "dara" (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yang berpengalaman, ini panduan untuk anda


1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan

6 comments:

Tabiat Yang Merosakkan Otak

11:38 PG Teratak Inspirasi 0 Comments




1. Tidak Mengambil Sarapan
mereka yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan tahap gula dalam darah rendah. ini menyebabkan kekurangan bekalan nutrien kepada otak seterusnya menyebabkan kemerosotan otak.

2. Makan Berlebihan
ini akan mengeraskan arteri otak menyebabkan penurunan tahap pemikiran.

3. Merokok
menyebabkan banyak lagi pengecutan otak dan mungkin membawa penyakit alzheimer

4.Penggunaan Gula Yang Tinggi
gula berlebihan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrien menyebabkan kekurangan zat makanan dan boleh mengganggu pembentukan otak.

5.Pencemaran Udara
otak merupakan pengguna oksigen terbanyak dalam 20 tubuh. menyedut udara yg tercemar akan menurunkan bekalan oksigen terhadap otak sekaligus mengurangkan fungsi otak.

6.Kurang Tidur
tidur membolehkan otak berehat. kurang tidur yang berpanjangan akan mematikan sel otak dgn cepat.

7. Kepala Tertutup Semasa Tidur
menutup kepala semasa tidur akan meningkatkan kepekatan karbon dioksida dan mengurangkan kepekatan oksigen yang boleh membawa kepada kesan kerosakan otak.

8.Bekerja Semasa Sakit
bekerja keras atau belajar ketika waktu sakit boleh membawa kemerosotan kecekapan otak sekaligus merosakkan otak.

9. Kurang Berfikir
berfikir merupakan satu jalan terbaik untuk melatih otak. kurang berffikir akan menyebabkan otak merosot.

10. Jarang Bercakap
perbualan yang membina akan meningkatkan kecekapan otak.










0 comments: