Koleksi Pendrive




Korang masih ingat tak masa mula-mula pendrive diperkenalkan, warna dan bentuk pendrive cuma ada beberapa jenis je, bila pakai lama-lama, rasa bosan pula. Tapi sekarang dah lain, dah macam-macam jenis pendrive diorang buat, yang paling best bentuk pendrive tu. korang boleh tengok gambar-gambar pendrive tu kat bawah ni, so korang boleh lah pilih-pilih yang mana satu korang nak ye.. Layan..







Gabungan 2 Haiwan

Memang hebat orang yang edit gambar ni, walaupun gambar-gambar di bawah ni gambar tipu, tetapi ianya memang mengagumkan. Jom layan.





Origami Yang Mengagumkan

Origami yang mempunyai lipatan yang terbaik, dan nampak merumitkan. Memang mengagumkan.





Makanan Pelik Seluruh Dunia

Koleksi gambar makanan pelik dari seluruh dunia.

Kumbang dan kalajengking (China)

Pepijat (Chicago, Amerika Syarikat)

Penjara 5 Bintang

Kalaulah anda semua seorang penjenayah dan bakal dihantar ke penjara ini, sememangnya anda adalah penjenayah yang sangat bertuah. Penjara 5 bintang yang terletak di Austria ini dilengkapi dengan pelbagai jenis  kemudahan seperti gym, padang, dan gelangang permainan. Selain itu, setiap bilik penjara dilengkapi dengan televisyen. Nak dipendekkan cerita, fasiliti yang ada di situ sama seperti yang ada di hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang. 



Seni Mengimbangkan Batu

Memang nampak mustahil, dan susah ditafsirkan oleh akal, tetapi apa yang anda akan dapat lihat di bawah ini adalah benar, mungkin ada sesetengah yang akan menyangka gambar-gambar di bawah ini merupakan gambar-gambar yang diedit menggunakan perisian.





Perkampungan Batu Gunung Berapi - Kandovan

Kandovan adalah sebuah perkampungan perlancongan yang terletak berdekatan dengan bandar Tabriz di Iran. Nama kandovan ini sebenarnya diambil daripada perkataan "kando" yang bermaksud sarang lebah. Mengikut cerita orang dulu-dulu kat situ, penduduk pertama Kandovan berpindah ke situ kerana mereka melarikan diri daripada serangan tentera Mongol.

Mereka menggali tempat persembunyian di tempat batu gunung berapi dan akhirnya tempat itu menjadi tempat kediaman yang kekal untuk mereka dan sekarang tempat itu telah menjadi salah satu tempat yang paling popular yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang datang ke Iran

pekerjaan utama penduduk Kandovan adalah pertanian dan penternakan.