Anak Anjing Merokok

2:36 PTG Teratak Inspirasi 0 Comments

Seorang pemilik haiwan telah melakukan kekejaman terhadap haiwan setelah mengajar anak Anjing peliharaannya, merokok. Sekarang anak Anjing tersebut mampu untuk menghabiskan sekotak rokok sehari.


Little Black, anak Anjing yang diajar merokok 
oleh tuannya, Zeng Ziguang


Zeng Ziguang, 23, berkata, anak Anjing yang merokok merupakan satu perkara yang melucukan, sebab itu dia mengajar anak anjing peliharaanya merokok.

beliau berkata: "pada mulanya, anak anjing itu tidak menyukai asap rokok, tetapi selepas saya sering melatihnya dengan menghembuskan asap rokok ke mukanya, dia mula menyukainya"

Zeng, dari Wuchang, Hubei, China tengah, menggunakan makanan untuk mengajar Little Black memasukkan rokok ke mulutnya. setelah beberapa bulan melatihnya, Little Black mula menghisap rokok.

"sekarang Little Black mampu menghabiskan satu kotak rokok sehari" tambahnya.

tetapi penduduk Wuchang tidak menganggapnya suatu perkara yang lucu, dan mereka mengatakan Zeng ialah  pemilik haiwan yang kejam.







0 comments: