Bantal Busuk

10:15 PTG Teratak Inspirasi 2 Comments

Bantal busuk, bukan saja golongan kanak-kanak malah golongan remaja dan dewasa juga tidak terlepas daripada dakapan bantal busuk. Sehingakan umur menjangkau 20an masih lagi dengan bantal busuk disisi.

Stinky pillow

Daripada mana datangnya gelaran bantal busuk? Nak cakap bantal itu busuk tidak juga. Mungkin kerana bantal itu telah bertahun-tahun dalam dakapan, sebab itu golongan ibubapa menggelarkannya bantal busuk. Itu pada pendapat saya. Apa pendapat  umum?apa-apa pun mari kita cari punca dan tarikkan bantal busuk ini.


Bantal Busuk
Kucing pun ada bantal busuk
 

Punca

  • Tabiat ini digelar clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.
  • Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak mahupun golongan tertentu menjadikan kain selimut , sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
  • Ia sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal, Sekali gus menjadi tabiat mereka sehingga dewasa jika tidak dibendung.
  • Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang mahukan sesuatu atau teman untuk menenangkan diri mereka dalam keadaan suka atau duka.
  • Golongan ini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana mereka  menginginkan  seseorang berada bersama mereka ketika tidur
  • Kelakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

2 ulasan: