Selagi Ajal Belum Tiba : Besi Menembusi Tengkorak

3:41 PTG Teratak Inspirasi 3 Comments


Tengkorak 
Sudah jatuh, ditimpa lah pula dengan tangga, begitu lah yang terjadi kepada seorang pembonceng motorsikal di india apabila beliau terjatuh daripada motorsikal kemudian sebatang besi tertusuk di antara kedua matanya, bila kita fikirkan, ianya situasi yang memang mengerikan. tetapi apa yang mengagumkan, pembonceng motorsikal tersebut masih hidup walaupun perkara yang berlaku kepadanya secara warasnya sudahpun boleh meragut nyawanya

Bhuvaneswar Kumar, dibantu oleh pejalan kaki yang melalui jalan terbabit dengan memotong batang besi tersebut. Tetapi mereka terpaksa meninggalkan 25cm batang besi tersebut di dalam kepala lelaki yang berusia 30 tahun itu kerana tidak berani untuk menanggung risiko

Meskipun besi itu telah menembusi tengkoraknya, Namun Mr Kumar masih sedar dan mampu bernafas.
Dia kemudian dibawa ke rumah sakit terdekat di Mathura, India, namun akibat tidak mempunyai peralatan yang mencukupi dia terpaksa di bawa ke Agra sejauh 40km.

Nasibnya bertambah malang apabila dia tidak di terima oleh dua hospital di situ, dia kemudian terpaksa dihantar ke new delhi yang jaraknya 200km dan akhirnya dia menerima rawatan di sana. pembedahan untuk menyelamatkannya berjalan selama 12 jam, dan ianya merupakan pembedahan yang luar biasa.

Ini menunjukkan betapa pentingnya kita memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal.

3 ulasan:

  1. GILERRR!
    TAPI SYUKUR MASIH HIDOP.

    HMMM, BETOL GUNA LAH HELMET, TAPI AKU PON MALAS!! HAHAHA.

    BalasPadam