Ancaman Kepupusan "Haiwan Berwajah Sedih" Ikan Blobfish

9:01 PTG Teratak Inspirasi 0 Comments

Tidak hairan lah ikan ini kelihatan sedih sepanjang masa, kerana ikan ini tidak menarik, tidak boleh dimakan dan diancam kepupusan.




Fakta ikan Blobfish

1. Tinggal di kedalaman 900 meter di bawah paras laut

2. Membesar sehingga 12 inci

3. Menghabiskan sebahagian besar daripada masa mereka untuk menunggu makanan yang terapung di hadapan mereka

Ikan ini sangat jarang ditemui oleh manusia kerana ikan ini tinggal sangat jauh dari paras laut. Namun peningkatan jumlah perikanan laut dalam di Australia dan Tasmania untuk penangkapan ketam dan udang lobster, telah menyebabkan ikan ini ditangkap bersama dengan tangkapan lain dalam jumlah yang banyak.

Walaupun ikan ini bukanlah haiwan yang menarik untuk dilihat, tetapi dunia tidak akan menjadi tempat yang menarik tanpa mereka. Diharap Australia tidak membunuh mereka.

0 comments:

Berjuta-juta Katak Melintas Jalan Raya Di Greece

10:30 PTG Teratak Inspirasi 0 Comments

Sebuah jalan utama di greece terpaksa di tutup selama beberapa jam akibat di banjiri oleh berjuta-juta katak.




Pegawai Polis Greek Berkata, keadaan berjuta-juta katak yang melintas itu telah memaksa jalan raya utama berhampiran bandar Langadas di utara negara itu di tutup selama dua jam.

Giorgos Thanoglou, ketua trafik di Thessaloniki mengatakan bahawa, terdapat berjuta-juta katak di atas jalan raya.

Pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya utama tersebut selepas berlakunya beberapa kemalangan yang melibatkan 3 buah kereta yang cuba untuk mengelak daripada menggilis katak-katak tersebut. Namun tiada kecederann yang di laporkan.

Menurut Giorgos lagi, katak-katak tersebut mungkin keluar daripada tasik behampiran untuk mencari makanan.

"ada karpet katak" tambahnya.

0 comments:

Manusia Berkahwin Dengan Kucing

12:24 PG Teratak Inspirasi 2 Comments

Seorang Posmen Di Jerman Telah Berkahwin Dengan Seekor Kucing

Cecilia


Seorang lelaki jerman bernama Uwe Mitzscherlich telah berkahwin dengan seekor kucing betina yang bernama Cecilia. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kucing itu apabila doktor haiwan memberitahunya bahawa kucing itu cuma mampu hidup dalam masa yang singkat.

Bertemakan warna putih, mereka telah melansungkan perkahwinan walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada pegawai yang menguruskan upacara itu.

"Cecilia mempunyai watak yang boleh di percayai. kami selalu berciuman dan cecilia telah tidur di tempat tidur saya sejak saya memulakan hubungan dengannya, dan ianya agak unik" kata Uwe Mitzscherlich, 39 dari Dresden, Jerman.

Dia telah membeli Cecilia pada 10 tahun dahulu semasa Cecilia berumur 5 tahun dan itu merupakan cinta pandang pertama katanya.

Seorang artis wanita bernama Christin-Maria Lohri telah menjadi pendaftar bagi pasangan ini berkata, dia sendiri dapat melihat betapa rapatnya mereka.

"pada mulanya saya mengangapnya sebagai satu gurauan, tapi saya memahami bahawa En. Uwe Mitzscherlich ingin mencapai keinginan hatinya"

2 comments:

Siapa Suka Onani?

11:57 PG Teratak Inspirasi 0 Comments

Bahaya Penagih Onani


Onani masalah lazim yang dibangkitkan kepada pakar sakit tuan. Di dalam bidang perubatan sendiri, banyak pertikaian mengenai amalan ini dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar kepada ketagihan kerana saya menerima begitu banyak soalan daripada mereka yang mengaku sebagai ‘penagih onani’.

Perlu diingatkan yang mereka membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan sudah berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Anda boleh bayangkan tekanan yang anda berikan kepada anggota sulit dan sistem syahwat anda dengan beronani. Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya. Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

Berkaitan dengan benih dan kesuburan bukan dalam pengaruh onani. Sehubungan itu, bagi anda yang sihat dan mempunyai buah zakar yang berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar. Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar. Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!



Sumber : DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

0 comments:

Tips Membeli Belah

8:28 PG Teratak Inspirasi 0 Comments

1. Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.

3. Jangan membawa wang yang berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.

4. Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

5. Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.

6. Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.

7. Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

8. Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.

9. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.

Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.

10. Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

11. Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

12. Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.

0 comments: