Awas Bahaya Facebook

8:10 PG Teratak Inspirasi 2 Comments


Terbaca artikel tentang bahaya Facebook, mungkin para pengemar FB atau Facebooker tidak harus menolak mentah-mentah pedapat ini. Banyak orang mengaku addicted to Facebook. Tapi ternyata Facebook boleh mengundang bahaya. Facebook adalah layanan jejaring sosial yang mengumpulkan orang banyak dalam satu wadah di Internet. Facebook mirip dengan Friendster, namun diakui memiliki banyak kelebihan.

Pengguna Facebook bagaikan tidak menghadkan umur kepada pelanggannya. Facebook diakui berguna untuk menemukan teman-teman baru dan lama. Facebook nyata banyak membantu penggunanya bertemu semula dengan rakan lama secara online. Kejayaan ini telah meningkatkan nilai tambah Facebook. Fungsi Foto dan tagging juga menjadi faktor utama orang ramai mengemari Facebook. 

Penyediaan ruang komen telah merancakkan lagi pengguna Facebook untuk bersembang atau mengetahui perkembangan sesuatu tempat dan sebagainya. Gahnya Facebook apabila  menjadi laman pertama yang dibuka setiap hari oleh penggunanya. Kejayaan Facebook menambat hati pengguna internet terserlah apabila mampu mengenepikan Jaringan Sosial senior iaitu Friendster. Tidak hanya dimanfaatkan untuk mencari teman baru atau lama, Facebook juga dijadikan ruang pengiklanan dan kempen. Sebagai contoh Presiden Amerika Barrack Obama yang memanfaatkan Facebook sebagai tempat berkempen via internet, dan kini mula menjadi ikutan ramai pemimpin lain khususnya di negara kita.

Namun dibalik keunggulannya, perlu diingat untuk kepentingan diri dan persekitaran.Facebook juga mungkin ada bahayanya. Beberapa syntom yang boleh mencapai tahap bahaya Facebook:

1. Pembaziran masa.
Dengan teknologi sekarang selain komputer, handphone dan sebagainya yang boleh mengakses internet,masa yang digunakan untuk berhadapan dengan Facebook akan berlarutan lama berjam-jam. Pengawalan dan perancangan masa penting untuk mengelak tahap bahaya Facebook ini. 

2. Profil pengguna.
Sebaik-baiknya informasi diri tidak diperincikan sangat.Cukuplah setakat yang membolehkan rakan-rakan lama atau baru mengenali kita. Awas! satu keruntuhan rumahtangga telah  dilaporkan akibat si isteri telah meletakkan statusnya sebagai "single". Si suami mungkin rasa tersinggung atau dikhianati. 

3. Waspada gambar anda.
Gambar-gambar yang dimuat naik mungkin akan menjadi bahan mainan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan tujuan memalukan atau menghina. 

4. Gangguan daripada orang yang tidak dikenali. 
Awas jangan mudah terpedaya atau lemas dengan ayat-ayat perangkap. Ini mungkin amat sedikit namun sebagai ingatan kepada remaja-remaja yang bersemangat mencari teman "online". Anda berhak untuk menolak pelawaan atau ajakan orang yang hanya anda kenali melalui Facebook. Apa-apa sekalipun manafaatkan lah Facebook untuk kebaikan dan sikap berhati-hati perlu diamalkan demi kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti dalam facebook itu sendiri.


Sumber: www.keningaukini.com

2 ulasan:

  1. Sememangnya berfesbook ada pro % con.. bayangkan teman atau rakan2 yang dah terpisah puluhan tahun dapat bertemu kembali, pasangan berkahwin juga bertemu jodoh di fesbook... PM pun guna fesbook sampai sempat buat pertemuan dengan 400 orang fan fesbooknya yang terpilih

    Yang tak baiknye tulah, mereka yang salah menggunakan lama sosial ini untuk sebarkan fitnah dan bermacam anasir tak baik... Kemudahan yang ada elok digunakan dengan cara yang betul..

    BalasPadam
  2. Betul tu Ms. Ann, facebook ni memang banyak sangat kegunaanya, bukan setakat boleh berhubung dengan rakan-rakan, malah kita boleh gunakan untuk manfaat yang lain. tetapi apa yang dapat dilihat sekarang, sesetengah orang telah menyalahgunakan facebook, dan secara jelas konsep facebook telah lari daripada konsep asalnya. sekarang ini, terpulanglah kepada individu itu masing-masing untuk menilai. kita cuma dapat melihat, nak bersuara, jauh sekali untuk diterima.

    BalasPadam