Manusia Berkahwin Dengan Kucing

12:24 PG Teratak Inspirasi 2 Comments

Seorang Posmen Di Jerman Telah Berkahwin Dengan Seekor Kucing

Cecilia


Seorang lelaki jerman bernama Uwe Mitzscherlich telah berkahwin dengan seekor kucing betina yang bernama Cecilia. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kucing itu apabila doktor haiwan memberitahunya bahawa kucing itu cuma mampu hidup dalam masa yang singkat.

Bertemakan warna putih, mereka telah melansungkan perkahwinan walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada pegawai yang menguruskan upacara itu.

"Cecilia mempunyai watak yang boleh di percayai. kami selalu berciuman dan cecilia telah tidur di tempat tidur saya sejak saya memulakan hubungan dengannya, dan ianya agak unik" kata Uwe Mitzscherlich, 39 dari Dresden, Jerman.

Dia telah membeli Cecilia pada 10 tahun dahulu semasa Cecilia berumur 5 tahun dan itu merupakan cinta pandang pertama katanya.

Seorang artis wanita bernama Christin-Maria Lohri telah menjadi pendaftar bagi pasangan ini berkata, dia sendiri dapat melihat betapa rapatnya mereka.

"pada mulanya saya mengangapnya sebagai satu gurauan, tapi saya memahami bahawa En. Uwe Mitzscherlich ingin mencapai keinginan hatinya"

2 ulasan:

  1. hahaha... cemane la first nite. tak tercapai akal ku!

    BalasPadam
  2. mek mizah.. he.. lu fikiq r sendiri..mmg xtercapai akal.. ha..

    BalasPadam